Saturday, February 24, 2007

Surat Terbuka Untuk Ayahanda TNC HEPA

Surat Terbuka Untuk Ayahanda Dr Azali ( TNC HEPA)

Salam perjuangan dan salam reformasi. Diharapkan terus berada dalam keadaan yang baik serta bersemangat dalam ‘menjana’ keunggulan mahasiswa. Maaf sekiranya menggangu kesibukan itu.
Sekadar perkongsian sokongan dalam Ayahanda mungkin bergelut untuk memastikan kontrak sebagai Timbalan Naib Cancelor terus disambung untuk 3 tahun lagi. Mungkin Ayahanda telah bermula dengan melobi dari masa kesemasa, Dari program –program mega cuba untuk ketengahkan diri seperti Konsert Menjunjung Kasih. Saya kira itu merupakan satu permulaan yang baik.
Dalam usaha ini seolah-olah mendapat perhatian daripada ‘langit’ apabila berlaku banjir di selatan tanah air. Satu lagi projek yang berupaya mengankat nama diperingkat universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi. Maka suatu kebijaksanaan, apabila berjaya diangkut lebih 20 buah bas kesana. Ini suatu kebanggan yang perlu mendapat perhatian daripada Naib Canselor dan Menteri.
Selain daripada penganjuran program-program mega tersebut dan ini tidak ditambah lagi dengan projek perkampungan Putra Hadhari pada Mac ini, amat berbangga apabila sepanjang hampir 3 tahun menjadi TNC HEPA telah berjaya untuk menyusun ‘orang-orang kuat kita’ untuk menjadi pengetua dan felo di kolej-kolej kediaman. Empayar ini perlu terus diperkasakan bagi mempersiapkan kepada suatu wawasan yang lebih jauh. Dalam pada masa yang sama juga kekuatan jentera Aspirasi diperingkat mahasiswa juga seharusnya dipertingkat dan perkara ini telah menjadi perhatian yang cukup baik di peringkat Ayahanda Dr Azali.
Masa untuk tempoh penamatan kontrak itu masih panjang. Disini munkin ada beberapa tips yang boleh terus di gerakan bagi memastikan bebetul kerusi TNC HEPA terus dapat dikekalkan
Hubungan dengan Dato Naib Canselor semestinya terus dieratkan. Merancanglah sesuatu yang membolehkan Dato’ berbangga.
Jalinan dengan Kementerian Pengajian Tinggi sewajibnya diperkukuh sebagaimana hubungan yang pernah dijalinkan dengan Dr Shafie Salleh dahulu.
Program Putra Hadhari pada Mac nanti perlu menjadi medan terbaik bagi mengembalikan kepercayaan untuk semua pihak
Program-prgram yang melibatkan menteri serta bersama golongan-golongan berpengaruh seperti En Omar CUEPECS perlu terus dibanyakan.
Mengurangkan tekanan-tekanan kepada mahasiswa buat sementara waktu sehingga penyambungan semula jawatan TNC HEPA.
Diharapkan Ayahanda terus tabah dan tekad dalam usaha memastikan usaha ini berjaya. Ini adalah cukup penting untuk masa depan mahasiswa dan universiti yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian
Generasi Putra

s.k
: Kementerian Pengajian Tinggi
: Dato’ Naib Canselor
: Media

Thursday, January 18, 2007

Hi......

Salam Mahasiswa Universiti Putra Malaysia......

Selamat datang balik ke Kampus kami yang indah sekalian......kami sekumpulan mahasiswa yang sedia membantu anda semua......

kami rela menguruskan semua aduan,pujian daripada semua supaya membina satu kampus yang lebih demokratik dan lebih perkasa untuk Warga UPM